SIRI CABARAN GUNUNG

PENGENALAN

Dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, kami mengucapkan selamat datang ke Siri Cabaran Gunung (SCG). Tiga gunung yang akan dipertandingkan dalam SCG 2023/24 adalah Gunung Nuang, Gunung Rajah dan Gunung Semangkok , kesinambungan kepada Cabaran Gunung Semangkok yang telah dijayakan pada 24-25 September 2022 di Bukit Fraser.

Persamaan ketiga-tiga cabaran ini adalah kesemua gunung ini bersempadan dua negeri iaitu Pahang dan Selangor. Format sama seperti tahun lalu iaitu sokongan sendiri (self-support). Tahun ini kategori baharu akan dipertandingkan iaitu duo. Penamat SCG akan mendapat UTMB Performance Index dan Poin ITRA National League mengikut kategori yang disertai.

27-28 Mei 2023 – Cabaran Gunung Nuang

Cabaran akan bermula dan tamat di Kaki Gunung Nuang via Janda Baik. Pilihan kategori adalah Ekstrem (30k) atau Cabaran (13k).

3-4 Februari 2024 (Tarikh Baharu) – Cabaran Gunung Rajah

Cabaran akan bermula dan tamat di Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu. Pilihan kategori adalah Ekstrem + (38k), Ekstrem (30k), Cabaran (17k) atau Plogging (12k). 

2024 (Tarikh belum muktamad) – Cabaran Gunung Semangkok

Pilihan kategori adalah Ekstrem atau Cabaran. 

Kesemua penamat ketiga-tiga SIRI CABARAN GUNUNG akan menerima item penamat khas selepas tamat CABARAN GUNUNG SEMANGKOK.

PENDAFTARAN

Projek Hijo All Rights Reserved 2014-2024